Kehidupan peribadi Janna_Nick

Menjadi antara pelapis pelakon generasi baharu yang meningkat naik tidak pernah sesekali membuat dirinya terawang-awangan, jauh sekali termakan pujian dan populariti yang dikecapi, Janna enggan dihanyutkan dengan gelombang yang tidak pernah bertepi dan sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan utama memasuki bidang seni, glamor dan popular bukan menjadi keutamaannya. Baginya, beliau yakin hal itu akan datang dengan sendiri seandainya ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan.[44] Sepanjang menjadi pelakon, Janna mengaku tidak lagi mampu mempercayai sesiapapun dengan mudah bagi mengelakkan kontroversi daripada berulang sambil turut melihat kontroversi yang dihadapinya sebagai ruang untuk bermuhasabah diri.[45] Beliau juga berhasrat memulakan kerjaya pengacara sekali gus meraih gelaran sebagai artis versatil.[46][47][48]

Janna mengakui ibunya tidak ambil peduli soal kontroversi yang melanda dirinya. Sebaliknya menjelaskan ibunya lebih mengenali dirinya berbanding orang lain serta tahu situasi sebenar. Namun begitu, beliau menjelaskan kepercayaan yang diberikan oleh ibunya tidak disia-siakan dan sebagai anak, dan memastikan ibunya sentiasa gembira dengan setiap perkara yang dilakukannya.[49]

Janna membuka akaun Instagram beliau dengan akaun @janna_nicker bagi mengemaskini aktiviti beliau dan dianggarkan mempunyai kira-kira 3.1 juta pengikut. Pada 30 November 2017, akaun beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, menyebabkan akaunnya tidak dapat diakses pada petang Khamis.[50][51]

Rujukan

WikiPedia: Janna_Nick http://www.mynewshub.cc/hangat/210366/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/206350/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/instagram-di... http://www.agendadaily.com/Hiburan/drama-syurga-nu... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/instagram... http://dramamovieon9.blogspot.com/2017/10/biodata-... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://www.encikshino.com/ketahui-biodata-janna-ni... http://www.imdb.com/name/nm9101169/ http://www.jiwarosak.com/biodata-dan-gambar-janna-...